CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 1, 2011

perasaan yang dibenci

Ya Allah...kenapa KAU uji hati dan perasaanku sekali lagi?Tp sungguh,dugaan ini amat perit.Aku x mampu menolak cinta yg hadir di hati ini.Kenapa Ya Allah?Aku memang mencintai lelaki-lelaki yg beriman...kerana aku kagum apabila mereka tenggelam dalam cintaMU.Jauh di sudut hatiku ingin aku memiliki seseorang dalam kalangan mereka,tapi bkn dgn jatuh cinta sebegini.Aku mahukan dia yang sah dan halal bagiku,seperti yg telah KAU janjikan tentang jodoh kepada hamba-hambaMU. Aku tidak mahu begini Ya Allah,aku takut tinggal dalam cinta manusia sebegini.

Aku akui aku kagum dengan dirinya.Tapi entah bagaimana perasaan itu bertukar dan aku sendiri gelisah bila memikirkannya.Cukuplah Ya Allah sekiranya Engkau kurniakan cintaku pada orang-orang yang beriman,bukan khusus untuk dia.Aku cintakan lelaki-lelaki yg beriman keranaMU Ya Allah.Aku sukakan mereka yangberjuang dan berjihad di jalanMU..

Aku keliru...apa yg harus aku buat.Menyintai org yg beriman x salah tapi bkn dgn cara begini.Aku sgt2 gelisah.Sungguh aku x tipu,aku menangis bukan kerana aku tahu aku takkan memilikinya tapi aku menangis kerana aku kecewa dgn diri aku yg x mampu mengawal perasaan ni.Aku sgt2 takut Ya Allah.

Cuma yg pasti,aku akan doakan agar diteguhkan imanku.Cukuplah,jgn tertewas lagi dgn perasaan.Ini hanya bisikan syaitan semata-mata.Mungkin aku akan ok tidak lama lagi.SPt mana aku telah melupakan ery.PadaMU Allah aku berserah,jauhkanlah aku dr perasaan yang entah ape2 ntah ini.

p/s:aku akan melarikan diriku dan pandanganku dari dia.semoga hatiku tidak tertewas lagi.

No comments:

Post a Comment